

Aku sangat bahagia kerana dapat bertemu dengannya. Bagiku, dia seorang lelaki yang sempurna.Entah mengapa,setiap kali aku terjumpa dengannya jantungku berdegup dengan kencang sekali.Tidak pernah aku merasa perasaan sebegini.Ya, aku tahu aku telah terlanjur mencintai dan menyayangi dirinya,Tidak dapat aku tepis lagi perasaan ini.Aku juga tidak sabar untuk menanti hari esok supaya aku dapat melihat wajahnya walaupun hanya dari jauh.Tidak mungkin mendekati dirinya jauh sekali untuk memiliki cintanya.Walaupun payah hati ini untuk melupakannya,tetapi apa dayaku , aku terpaksa jua.Sudah memadai bagi diriku jika dapat melihat senyumannya pengubat rinduku.Walaupun pahit yang terpaksa aku tempuh,tetapi aku tetap tegar, kerana aku tahu dia bukan untukku..........
No comments:
Post a Comment