Tuesday, December 15, 2009

Thursday, December 3, 2009

Sape yg mkn cili dia yg terasa pedasnyer.............................

Lain kali kalau tengok something yg bukan hak milik korang or yg korang tak pernah tengok tu jgn ar jadi batak sangat sampai nak sebarkan semua yg korang baca kat fwenz korang yg lain....kalau boleh just shut up your mouth je ar...kalau dah tau somethhing dr someone wat bodoh je tak bley ke...x yah ar sampai nak cari sedetails-detailsnyer kat blog arg...please ar jgn jd busy body walaupun kau tu budak lelaki ok...pandai nak cakap yg budak perempuan nie busy body...tp kau sendiri yg mcm tu....lain kali nak tegur org tu x yah ar sampai nak kutok...x pasal2 kau pulak yg kena kutok...padam muke kau...

ulang suara.........PADAM MUKE KAU...

Monday, November 30, 2009

1 drpd tanda budak lelaki jatuh cinta....


Skarang kan zaman SMS,so bercinta pun dah guna SMS tak yah jumpa buat habis minyak je...(i2 kate diorang)so brkenalan sebelum bercinta pon melalui SMS...and ari nie aku nak kongsi 1 drpd tanda budak lelaki nie jatuh cinta dengan budak perempuan melalui SMS,bukan masa dia meluahkan kpd kita but masa terjadinya perubahan dr segi panggilan budak lelaki tu utk kita....ye ar masa kawan panggil aku,kau...tengok je ar 2-3 ari lg dia akn mesej korang dulu tak kira masa tu tangah malam pown.Besok pagi korang balas ar mesej diorang n ckp sory sbb tak bls mesej kau....dan mungkin dia akan membalas x pe ar awak dah tido ea smalam...korang sendiri boleh nmpak perubahan dari segi panggilan si dia utk korang...kalau aku jd korang aku akn rasa pelik...x pe ar smpai kat situ je ar...nnti bila2 aku kongsi ag ngan korang...ok

Lagu : Jejaka...


Sedang aku berjalan,
kau mencuri hatiku,
hinggaku merindukan dirimu,
setiap masa dan hidupku.

Ku pernah punya cinta,
kepada engkau si jejaka,
hatiku inginkan dirimu,
tuk ceriakan hari-hariku.

Namun hatiku rapuh,
kerna kau sudah pun berpunya,
lantas kau datang kepadaku,
dan kau pun bilang kepadaku,
I LURV YOU sayangku....

Namun.

Pernahkah kau merasa,
hatiku hampa,
pernahkah kau merasa,
begitu hebatnya,
cintaku kepada,
tak akan pernah,
putus-putus karena,
hanya engkaulah jejaka oh di hatiku...

Dapatkah aku memiliki cintanya....

Aku merupakan seorang wanita yang ingin mencintai dan dicintai.Aku tidak tahu bagaimana persaan ini boleh timbul sedangkan aku seorang wanita yang susah untuk mencintai seorang lelaki.Perasaan ini mula timbul apabila kali pertama aku berjumpa dengannya.Aku ingin menepis persaan ini,tetapi setiap kali aku terjumpa dengannya aku semakin tertarik untuk mengenalinya.Apabila aku melihat senyumannya hatiku berasa tenang sekali seperti hilang segala masalah yang dihadapi.Aku ingin sekali untuk mengenalinya.Bagiku dia seorang lelaki yang berbeza daripada lelaki lain yang aku kenal sebelum ini.Bagiku setiap manusia mempunyai persamaan iaitu memiliki perasaan cinta yang merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Tetapi dapatkah aku memiliki cintanya sedangkan dia langsung tidak mengenali diriku.Bagiku sudah memadai jika aku dapat mencintai dirinya walaupun diriku ini tidak dicintai.....

Kau Bukan Untukku



Aku sangat bahagia kerana dapat bertemu dengannya. Bagiku, dia seorang lelaki yang sempurna.Entah mengapa,setiap kali aku terjumpa dengannya jantungku berdegup dengan kencang sekali.Tidak pernah aku merasa perasaan sebegini.Ya, aku tahu aku telah terlanjur mencintai dan menyayangi dirinya,Tidak dapat aku tepis lagi perasaan ini.Aku juga tidak sabar untuk menanti hari esok supaya aku dapat melihat wajahnya walaupun hanya dari jauh.Tidak mungkin mendekati dirinya jauh sekali untuk memiliki cintanya.Walaupun payah hati ini untuk melupakannya,tetapi apa dayaku , aku terpaksa jua.Sudah memadai bagi diriku jika dapat melihat senyumannya pengubat rinduku.Walaupun pahit yang terpaksa aku tempuh,tetapi aku tetap tegar, kerana aku tahu dia bukan untukku..........

Thursday, November 26, 2009

Mimpi

hu..hu..hu windunyer kat blog dah lame x tulis entri.ye ar sbb dah ade myspace x menang tangann nak layan smua fwenz....
hah...lupe plak nak wissh SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kat smua umat islam n kat smua jemaah haji smuga selamat disana.windunyer kat ustaz aq yg paling comei tu..(USTAZ JAZMIN) smoga ustaz sihat slalu doakan kejayaan kami di sini ustaz....
Penatya baru balik dr holiday pas2 kena wat omwork yg bertimbun n kene tolong parents ye ar anak dara mane boleh duduk diam jer lain ar anak teruna...
mase g holiday terserempak plak ngan putera impian MRSM TRANSKRIAN tp x tau ar betul ke dia but i'm sure that he's da one...
tp ape yg aq nak citer skaunk nie tentang mimpi aku...
it's happen lps aq solat subuh then rase ngantok lg so g ar tido jap..
n mase tido 2 aq mimpi...jejaka n sowang fwenz dia dtg mase tu aq ingat tengah ada majlis reunion class aq but sowng drpd kawan aq jemput dia sbagai tetamu VVIP...i can't believe it,n time tuaku ngah ckp ngan kengkawan aq yg lain pastu dia dtg kat aq n bg aq air mineral n then dia g duduk kat satu kafe n aq ckp thanks for what he did 2 me n tetiba aq terjaga...korang tau x that's ap yg aq nak tp x pe ar x de rezeki....

Wednesday, November 18, 2009

Budak yg kononnya genius....

aku~



Semoga kau sentiasa bahagia di samping FISHA yg amat kau sayangi.Ape ar yg FISHA dah buat kat kau kan.My advise jgn sampai satu ari nanti kau frust tertonggeng x gune dah n lasly nampak sngt cam this is your 1st love.Anyway gud luck SPM "GENIUS bOY"

NOHARAGETILUSION punye...

Photobucket


Semoga kau sentiasa bahagia n jgn sedih always hepi...

Senior Form 5 yg muke hensem tp prangai "baik giler"




But EPOL is still mine eventhough dia dah ada FIONa

Khas Tuk Smua Lelaki Di Dunia Ini....

Cerpen: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…
Posted: 28 Oct 2009 05:10 AM PDT
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~

HAPPY HOLIDAY....

WELCOME BACK 2 HOME Farah Nad....
Kelebihan pulang kerumah....
Akhirnya segala beban yg kitowang lalui slama 3 minggu exam amat m'nyakitkan.... dah merdeka..
Segala homesick s'lama 1 bulan 1 minggu x jumpe kluarga tr'sayang kini terubat..
Slama 3 minggu x dpt homework kini belambak...

Kesedihan bile balik umah....
-aq dah x dpt jumpa JEJAKA VIOLET lg(tahun depan jumpe tp dia busy nak PMR)
-Dah x duduk bilik yg dulu lagi
- rindu kat smua kengkawan n cikgu
-FORM 5 tngah SPM but anyway gud luck 2:-kak aisyah,kak anis,kak wati,kak g- ha,kaknida,kak syakira,kak hana,kak
fakhrina,kakmimi nkak g....

2:abghatim,minul,epol,manuk,pali,tegap
amir firdaus,hidayat,as farid,acap,
fika,salleh,faiz,amir,arif farhan,mike
n 2 all form5 students GOOD LUCK 4 YOUR SPM....YOU'RE DA BEST SENIOR EVER



Sunday, October 18, 2009

YouTube - twinkle away with lyric

YouTube - twinkle away with lyric

Pergi riadah OR sebaliknya....



















Petang ari tu mase kat maktab kitaowang pergi ar riadah tp aku,aina ngan tika je pergi yg lain smua x gi. Fatin nak pergi jgn harap. Kene bebel baru dia nak pegi. Ingatkan mase riadah tu dpt ar jumpa JA rupenye x.dia gi riadah mase ari Khamis ptg tu tp aku busy bab nak balik rumah. Kat sini ada some photo mase kitaowang gi riadah...





Friday, September 25, 2009

Maksud di sebalik nama....

FATIN : Menarik ,Mempersonakan






ARDINI : Isteri yang menyayangi







BUSSAINA: Cantik, menarik
















FAIRUZ : Batu permata








NAURAH : Bunga




Thursday, September 24, 2009

JANGAN BILANG TIDAK...






Pada suatu hari,di sebuah taman bunga..








Prince berkata 'Farah awak ada boyfriend x?'








Farah menjawab 'Boyfriend???Ermm..ada ke org yg nak dekat saya ?'






Prince membalas 'Ada'






Farah kemudian menjawab 'Hah!! apa awak ckp td??'






Prince berkata 'Farah awak tau x? Sebenarnya......'
Kalau nak tau kene ar tengok sambungan kat bawah nie

Friday, September 18, 2009

Pandang Siapa 2 ???


Nie kat sini ,aku nak cite sikit arie tu mase Majlis Khatam Al-Quran aku ngan geng and classmates aku duduk kat barisan depan ...kat atas pentas tu qari duduk,kitaowg duduk kat bawah...Ada dua owang yang ketuai Majlis tu yg sorang tu abg form 2 ngan yg lagi sorang tu dak Form 1(dak classmates aku).lps abis diowang baca ,diowang pown dpt cenderahati.Pengerusi majlis pown panggil ar nama abg Form 2 tu.mase 2 aku ngah borak ngan kawan aku ,so aku dengar nama abg 2 sekilas je ar,pas tu aku dedngar nama dia mcm sedap semacam.Pas tu aku tanya kawan aku yg sorang lg tu,apa nama abg tu.dia tanye aku abg yg mana satu,pas tu aku tunjuk abg tu.Then,kawan aku kata ,kau tau x Farah abg tu patut ar dr tadi tengok sini,rupa-rupanya kau tunjuk dia,patutla dia pandang semacam...memeang betul pown ape yg kawan aku ckp 2...Finally ,aku pown dpt ar tau nama dia...Kowang nak tau ape nama dia,....


LU PIKIR AR SENDIRI.... ASKUM....

Sel@m@t H@r! R@y@


Askum, rindunye kat blog.Dah lame x tulid entri.Ye la sejak balik maktab.Dekat sane mana boleh nak tulis entri.Kalau nak tulis pown kene berebut2 ngan org lain...tp x pe ar balik rumah pown dpt tulis gak.Ok ar kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raye kat semua umat Islam samada yg puasa penuh @ x...Aku nak mintak maap kalau ada salah silap ngan korang @ kalau ada yg terasa mase baca mana2 entri aku...mana2 yg x puasa penuh 2 ganti la lps raye nie,dose nnti kalau x ganti...SELAMAT HARI RAYA...

Sunday, August 30, 2009

Perasaan $ Asrama




Aku rase sedih ar gak bab esok dah kene blk maktab.cikgu nie pon satu bg ar kiteowang rase cuti
merdeka dulu...Nanti dah ar x dpt nak chat..
Tp nak wat camne,hidup mesti ar diteruskan...ini pown kan utk mase depan aku...
Perasaan aku nie,mcm mane ar aku sndiri pon x dpt nak gmbarkan..kengkadang aku rase suka,kengkadang aku rase sedih gak
Senang cite aku kiranye ngah HOMESICK ar nie...Ini dah biasa bg aku...
Ye ar kan aku dah duduk kat umah ngan family bile balik maktab mesti ar ade rase rindu...
Biasanye kalau 1 day aku balik mesti aku akan nangis mase solat...
Org lain pon mcm 2 gak...So maknanya bukan aku sorang je ar yg HOMESICK...
Ala pejam celik,pejam celik dah masa berlalu.
Lps balik nie aku sekolah 2 minggu je pas 2 balik raye...
X sabarnye nak raye,nak pakai baju baru...nak jumpa sedaramara ngan anak sedara...
Tp aku pon x sabar gak nak balik maktab,nal jumpa rumate,kengkawan,buddy ngan cikgu2...
Lg2 x sabar nak jumpe fatin,nak borak nagan dia ...nak gosip....
aku pon x sabar nak dengar syamel membebel kat sebelah aku...

Friday, August 28, 2009

Mulut aku


Aku nie tengah geram sangat ngan sorang "minah indon" nie....
Dah la x sedar diri yg dia tu 100% minah indon...dah minah indon tu,minah indon gak x kan berubah..
Mulut aku suke ati aku la nak ckp ape?"WHAT'S WRONG WITH YOU,MINAH INDON?"...
yg kau nak membebel cam mak nenek nie apa hal!!!!tau ar kau 2 memang cam mak nenek..
Pas 2 yg kau x puas hati sampai nak kutuk org lain 2 apehal..
KAU TENGAH PERIOD KE SAMPAI NAK MARAH MCM 2!!!HAH?
Kau ingat kau 3 "MRS.PERFECT" ke?
kalau berani jawab ar...
kau ingat semua orang suke kat kau ke?
aku rase org yg dekat dengan kau pown x suke kat kau...
Hei minah indon,aku rase kat umah kau ade cermin yg paling besar kan?
kalau kau beli mahal-mahal pon cermin tu wat pe?
aku rase baik kau gune utk CERMIN MUKA KAU YG KAU RASE UTK JADI MISS UGLY..
LU PIKIR AR SENDIRI...
ASKM...

Thursday, August 27, 2009

C!NT@ & J0D0H....


SYURGA CINTA KU...



Pada suatu hari semasa Farah dan Prince berada di taman bunga...

Prince berkata,"Farah awak pernah bercinta"

Farah menjawab,"Pernah,pertama,cinta kpd Allah,Rasulullah dan agama
kedua,cinta kpd ibubapa yg tlh melahirkan dan membesarkan saya
ketiga,cinta kpd bangsa dan tanah air
akhir skali, cinta kpd diri sendiri"...

Kemudian Prince berkata," Maksud saya cinta di antara lelaki dan perempuan..."

Farah berkata,"O... bagi saya bercinta itu adalah permulaan bg sesuatu jodoh.Dan saya ingat lagi atuk pernah bg tahu yg jodoh itu terbahagi kpd 3 iaitu:
1.Jodoh dr syaitan
2.Jodoh dr jin
3.Jodoh dari Allah-jodoh yg berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah yg dikatakan SYURGA CINTA...

jadi saya sebagai hamba hanya boleh berusaha dan bertawakkal dlm mendptkan SYURGA CINTA...InsyaAllah..."

Prince berkata,"Mungkin awaklah yg Syurga Cinta saya yg dikurniakan oleh Allah,Alhamdulillah'

Tuesday, August 25, 2009

Tak Gentlemen Langsung


kalaulah dia gentlemen macam joe jonas mesti aku pilih dia...

Once upon a time, adalah sorang dak laki nie dia dah admirer kat aku sejak dia mula pindah and jadi jiran sblah umah aku..(bukan nak syok sendiri,tp kenyataan)..ade ke patot dia cakap kat smua kengkawan aku yg dia nak pecahkan dinding umah aku and dia nak wat pintu supaya dia senang nak jumpa and tengok muke aku ari2.Dah macam2 cara dia try semata-mata nak ngorat aku tp smua nye x berjaya.. Padan muke dia..he.he.he..tu ar akibat nya siapa suruh dia pandai-pandai wat kenyataan sendiri yg aku nie milik dia... please ar u not my taste..sowy..lg pown kalau korang nak tau mama aku pown x brapa suka ngan atitude dia..so lu pikir ar sendiri..
The latest one,dia mintak no phone aku tp aku bg no phone lama aku yg dah aku lupuskan.Second,dia mintak email aku,third,dia mintak blog aku.fourth,dia nak berborak ngan aku tp x gentlemen 2 yg aku x suke 2..dia kalau nak ckp ngan aku mesti mlalui adik aku..
K.. ar rasa dosa lak bab ngumpat dia bulan puasa mcm nie...

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Askm..pejam celik pejam celik dah masuk pown bulan ramadhan...aku rase mcm kejap giler...ye la tut2 dah masuk MRSM,dah posa kot2 nanti dah raye...kat sini aku nak amik kesempatan utk mngucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak wat keluarga,sedara mara,kengkawn,cikgu n smua yg mengenali diri aku...aku pown nak mintak maap kalau ada salah silap ngan smua.Yg leh pose 2 wat cara leh pose kalau x leh pose senyap2 sudah ler..ok ar aku nak chaw dulu...tp x tau nak wat pe agi...terlopong je ar tunggu waktu bukak pose...

Friday, August 21, 2009

My friend


shah ngan falah kawan aku yg paling suke bergaya...lagi2 depan kamera

syiera ngan miera kalau dah dekat...jd mcm belangkas

best bab dpt spend time ngan korang...

Mase Raye 2008 kat umah aku


gambar smua kengkawan..

sabar...jgn rebut2...smua dpt makan

mama ngan ayah masak mee bandung...

mase nak makan...

mana yg lain nie...kite amik gambar dulu ar...

HARI ANUGERAH SEKOLAH AGAMA AKU...


e-one dak laki yg paling sporting

Dia orang nie smua kawan aku masa kelas 6 LUQMAN...


Thursday, August 20, 2009

13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA...

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

AYAH KAU PESAN...

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!

“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.Sempena Hari Bapa ini janganlah anda lupa mengucapkan “SELAMAT HARI BAPA” kepada bapa anda pada 21 Jun 2009.”

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Miss Faridah Homeroom

selain keluarga kandung yg ada kat selangor,aku pown ada gak keluarga angkat kat MRSM.ummi aku nama dia Faridah Bt Abdul Latif.dia baik sangat,caring,alim dan yg pasti kalau aku tengok @ dekat ngan dia aku akan ingat mama...selain adik lelaki aku yg dua orang,aku adik adik-beradik angkat.nama dia orang :
raees,syafiqah,
e-qah,nada,aku,wani,aifin,intan,madhihah,syed,hafidzul,najihah,farid,sabrinah...
Tp cayangnya farid ngan sabrinah dah pindah...
berkurang lah ahli homeroom kite orang...

Kengkawan Baru aku kat MRSM TRANS-X

Roommates aku:
Fatin Athirah:-budak taiping,ramai orang admire dia tp memang x nafikan yg dia memang cantik n sopan.kawan aku Hanis smpai jeolous ngan dia...

Atika:-ketua bilik aku.dia nie cool giler.matang giler..dia dah aku anggap mcm kakak aku sndiri.dia nie pown ramai peminat gak..tp dia skunk ngah jeolous ngan aku bab aku ade rapat ngan seorang admirer dia nie...

aina mawwar:dia nie ok gak..caring,ramai orang ckp dia couple ngan sorang dak laki nie tp sebenarnye kawan je. org yg ckp 2 sebenarnya dia jeolous ngan aina

Hanis: dia pown ok ngan aku,tp dia nie suka sngt perasan,ada satu ari 2 dia nyanyi smpai hujan lebat.esoknya terus aku demam..hi..hi.dia minat kat sorang abg form 5 kat maktab iaitu .....tp baru2 nie dia kena gosip ngan sorang dak form 1 nama dia AZAM..

Farah Aina:dia nie ok tp kengkadang dia mcm x dek prasaan jer.rumate nie pown ckp mcm 2 gak..

Afiqah Nadia:dia nie ok,sporting,matang...dia nie minat kat ......

Balqis:dia ni best giler kalau kawan ngan dia,dah la sporting,memang best ar kawan ngan dia...
dia suka ....

Wednesday, August 19, 2009

jatuh cinta lagi....



hasil keje abg form 5/2009 @MRSM TRANSKRIAN...
dlm nie ramai abg hot n abg yg kawan aku(NOHA) minat...

hasil kerje batch form 5 /2009

6 amanah


anis ialah kawan aku mase kecik lg...

majlis nostalgia indah


bile lg kita nak kumpul sama2 mcm nie lg..

THIS IS ME


inilah saya FARAH NADIAH..cute tak?

I MISS YOU ALL

ini AQILAH dia ngan saya dah mcm adi beradik