Monday, November 30, 2009

1 drpd tanda budak lelaki jatuh cinta....


Skarang kan zaman SMS,so bercinta pun dah guna SMS tak yah jumpa buat habis minyak je...(i2 kate diorang)so brkenalan sebelum bercinta pon melalui SMS...and ari nie aku nak kongsi 1 drpd tanda budak lelaki nie jatuh cinta dengan budak perempuan melalui SMS,bukan masa dia meluahkan kpd kita but masa terjadinya perubahan dr segi panggilan budak lelaki tu utk kita....ye ar masa kawan panggil aku,kau...tengok je ar 2-3 ari lg dia akn mesej korang dulu tak kira masa tu tangah malam pown.Besok pagi korang balas ar mesej diorang n ckp sory sbb tak bls mesej kau....dan mungkin dia akan membalas x pe ar awak dah tido ea smalam...korang sendiri boleh nmpak perubahan dari segi panggilan si dia utk korang...kalau aku jd korang aku akn rasa pelik...x pe ar smpai kat situ je ar...nnti bila2 aku kongsi ag ngan korang...ok

Lagu : Jejaka...


Sedang aku berjalan,
kau mencuri hatiku,
hinggaku merindukan dirimu,
setiap masa dan hidupku.

Ku pernah punya cinta,
kepada engkau si jejaka,
hatiku inginkan dirimu,
tuk ceriakan hari-hariku.

Namun hatiku rapuh,
kerna kau sudah pun berpunya,
lantas kau datang kepadaku,
dan kau pun bilang kepadaku,
I LURV YOU sayangku....

Namun.

Pernahkah kau merasa,
hatiku hampa,
pernahkah kau merasa,
begitu hebatnya,
cintaku kepada,
tak akan pernah,
putus-putus karena,
hanya engkaulah jejaka oh di hatiku...

Dapatkah aku memiliki cintanya....

Aku merupakan seorang wanita yang ingin mencintai dan dicintai.Aku tidak tahu bagaimana persaan ini boleh timbul sedangkan aku seorang wanita yang susah untuk mencintai seorang lelaki.Perasaan ini mula timbul apabila kali pertama aku berjumpa dengannya.Aku ingin menepis persaan ini,tetapi setiap kali aku terjumpa dengannya aku semakin tertarik untuk mengenalinya.Apabila aku melihat senyumannya hatiku berasa tenang sekali seperti hilang segala masalah yang dihadapi.Aku ingin sekali untuk mengenalinya.Bagiku dia seorang lelaki yang berbeza daripada lelaki lain yang aku kenal sebelum ini.Bagiku setiap manusia mempunyai persamaan iaitu memiliki perasaan cinta yang merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Tetapi dapatkah aku memiliki cintanya sedangkan dia langsung tidak mengenali diriku.Bagiku sudah memadai jika aku dapat mencintai dirinya walaupun diriku ini tidak dicintai.....

Kau Bukan Untukku



Aku sangat bahagia kerana dapat bertemu dengannya. Bagiku, dia seorang lelaki yang sempurna.Entah mengapa,setiap kali aku terjumpa dengannya jantungku berdegup dengan kencang sekali.Tidak pernah aku merasa perasaan sebegini.Ya, aku tahu aku telah terlanjur mencintai dan menyayangi dirinya,Tidak dapat aku tepis lagi perasaan ini.Aku juga tidak sabar untuk menanti hari esok supaya aku dapat melihat wajahnya walaupun hanya dari jauh.Tidak mungkin mendekati dirinya jauh sekali untuk memiliki cintanya.Walaupun payah hati ini untuk melupakannya,tetapi apa dayaku , aku terpaksa jua.Sudah memadai bagi diriku jika dapat melihat senyumannya pengubat rinduku.Walaupun pahit yang terpaksa aku tempuh,tetapi aku tetap tegar, kerana aku tahu dia bukan untukku..........

Thursday, November 26, 2009

Mimpi

hu..hu..hu windunyer kat blog dah lame x tulis entri.ye ar sbb dah ade myspace x menang tangann nak layan smua fwenz....
hah...lupe plak nak wissh SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kat smua umat islam n kat smua jemaah haji smuga selamat disana.windunyer kat ustaz aq yg paling comei tu..(USTAZ JAZMIN) smoga ustaz sihat slalu doakan kejayaan kami di sini ustaz....
Penatya baru balik dr holiday pas2 kena wat omwork yg bertimbun n kene tolong parents ye ar anak dara mane boleh duduk diam jer lain ar anak teruna...
mase g holiday terserempak plak ngan putera impian MRSM TRANSKRIAN tp x tau ar betul ke dia but i'm sure that he's da one...
tp ape yg aq nak citer skaunk nie tentang mimpi aku...
it's happen lps aq solat subuh then rase ngantok lg so g ar tido jap..
n mase tido 2 aq mimpi...jejaka n sowang fwenz dia dtg mase tu aq ingat tengah ada majlis reunion class aq but sowng drpd kawan aq jemput dia sbagai tetamu VVIP...i can't believe it,n time tuaku ngah ckp ngan kengkawan aq yg lain pastu dia dtg kat aq n bg aq air mineral n then dia g duduk kat satu kafe n aq ckp thanks for what he did 2 me n tetiba aq terjaga...korang tau x that's ap yg aq nak tp x pe ar x de rezeki....

Wednesday, November 18, 2009

Budak yg kononnya genius....

aku~



Semoga kau sentiasa bahagia di samping FISHA yg amat kau sayangi.Ape ar yg FISHA dah buat kat kau kan.My advise jgn sampai satu ari nanti kau frust tertonggeng x gune dah n lasly nampak sngt cam this is your 1st love.Anyway gud luck SPM "GENIUS bOY"

NOHARAGETILUSION punye...

Photobucket


Semoga kau sentiasa bahagia n jgn sedih always hepi...

Senior Form 5 yg muke hensem tp prangai "baik giler"




But EPOL is still mine eventhough dia dah ada FIONa

Khas Tuk Smua Lelaki Di Dunia Ini....

Cerpen: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…
Posted: 28 Oct 2009 05:10 AM PDT
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”
Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~

HAPPY HOLIDAY....

WELCOME BACK 2 HOME Farah Nad....
Kelebihan pulang kerumah....
Akhirnya segala beban yg kitowang lalui slama 3 minggu exam amat m'nyakitkan.... dah merdeka..
Segala homesick s'lama 1 bulan 1 minggu x jumpe kluarga tr'sayang kini terubat..
Slama 3 minggu x dpt homework kini belambak...

Kesedihan bile balik umah....
-aq dah x dpt jumpa JEJAKA VIOLET lg(tahun depan jumpe tp dia busy nak PMR)
-Dah x duduk bilik yg dulu lagi
- rindu kat smua kengkawan n cikgu
-FORM 5 tngah SPM but anyway gud luck 2:-kak aisyah,kak anis,kak wati,kak g- ha,kaknida,kak syakira,kak hana,kak
fakhrina,kakmimi nkak g....

2:abghatim,minul,epol,manuk,pali,tegap
amir firdaus,hidayat,as farid,acap,
fika,salleh,faiz,amir,arif farhan,mike
n 2 all form5 students GOOD LUCK 4 YOUR SPM....YOU'RE DA BEST SENIOR EVER